Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRTI

HARI RAYA AIDILFIRTI merupakan salah satu sambutan perayaan bagi masyarakat Islam di seluruh dunia. Ianya disambut setelah ibadah Puasa dilakukan selama 30 hari di dalam bulan Ramadhan. Hari Raya Aidilfitri disambut di dalam bulan yang dinamakan bulan Syawal..Perayaan ini sememangnya unik dan indah dimana seluruh masyarakat Islam sama-sama mengerjakan solat Sunat Hari Raya pada waktu pagi, dan apabila selesai..kanak-kanak, adik abang, kakak, makcik dan pakcik, ayah dan emak, datuk dan nenek besama-sama bermaafan serta ziarah menziarahi jiran tetangga yang dekat mahupun yang jauh..Malaysia mempunyai keunikan yang tersendir, berbeza dengan negara-negara Islam yang lain..Sememangnya kita perlu rasa bersyukur kerana dilahirkan di tanah yang bertuah ini.

No comments:

Post a Comment