Sunday, April 3, 2011

Bila berada dalam Jamaah vs lone ranger~

Assalamualaikum para pembaca sekalian, Alhamdulillah Allah beri Ilham utk sy berkongsi cerita tntg hal 'SEMALAM'.. ianya mengenai hidup berjamaah dlm khidupan harian sy yg mana ingin berkongsi kpd para pembaca.

Baru2 ini, sy ada ikuti satu Jamuan Makan Malam anjuran XYZ yg mana sy pergi bersama2 dgn 7 org lelaki dalam lingkungan umur 50-an dalam sebuah kereta. Dalam perjalanan utk ke destinasi, mereka mulalah bercerita macam2 tntg hal2 kampung, orang A, orang B, orang C, Isu Ekonomi, musim durian, isu2 dalam ceramah agama, mesyuarat, isu nuklear d Jepun, harga minyak n barang harian naik, isu kebersihan, dan analisis tahun 2012. Sy amat mngingati akan setiap kata2 yg dikongsikan oleh mereka..TERKEJUT!!

Itu reaksiku bila asyik mendengar mereka berborak2 santai dgn teman2 diselit juga jenaka2 yg mmbuatkn sy sentiasa tersenyum d sepanjang perjalanan. "HEBAT", hatiku berkata.. masakan tidak, org sekampung yg ku selalu fikir mereka ini kurang peka akan hal2 luar, menjadi sgt aktif membincangkan n berkongsi maklumat akan isu2 atau hal2 yg sy sebutkan di atas tadi.. Sangkaan ku jauh meleset.. benar2 hebat org2 tua ini..

Bila difikir2 kan kembali, mereka (Org2 tua) ini tak lah berpendidikan hebat @ membeli surat khabar 4-5 jenis @ membawa buku kehulu kehilir..tapi bagaimana mereka ini boleh membincangkan isu2 yg negara sendiri duduk berbincang dalam parlimen?. satu kesimpulan mudah sy buat, mereka lebih lama 'makan garam' dari sy.. mmg benar! mereka2 ini dah lalui n perhatikan sendiri hal2 tersebut dlm hidup mereka yg pada mereka dunia 'SUDAH BERUBAH DAN UZUR'.. HEBAT!! sekali lg pujian utk mereka..

Sy rasa, jika sy asyik duduk di rumah, online FB @ google macam2 @ baca surat khabar online pun tak mampu nak dapatkan maklumat2 ini, utk dikupas apatah lagi.. itulah yg berlaku pada diri sy, bila sendirian tak berada dalam jamaah;ada isi tapi kosong pemahaman..Jadi, begitulah kaitan dgn entry kali ini, bila seorang diri vs dlm kumpulan.. sgt menginsafkan, malah ingin terus men'transform'kan diri utk terus berada dlm kumpulan..

Kesimpulan:
Sy selalu berfikir, tapi fikiran amat terbatas bila seorang diri.. Dan bila dalam Jamaah @ kumpulan, fikiran sy berubah menjadi lebih luas dan realistik, malah sy juga mampu utk mhasilkan solusi2 utk tindakan sy yg seterusnya.. HEBAT bukan??

No comments:

Post a Comment