Thursday, June 14, 2012

Lokasi Kerja yang Baru


2 Mei 2012,
Dapat email dari Cik Aya untuk datang sesi termuduga.

3 Mei 2012,
Berjumpa Cik Aya untuk ditemuduga. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan di akhiri dengan penutup yang positif.

8 Mei 2012,
Cik Aya menghantar email memaklumkan saya terpilih dan dipanggil untuk menghadiri temuduga kali ke-2.

10 Mei 2012,
Sesi temuduga diambil alih oleh Dato' Timothy dan Alhamdulillah, sesi temuduga berjalan dengan lancar dan berakhir dengan ramah mesra. Pada tarikh yang sama, saya memperoleh email dari Admin Manager, Cik Myra untuk melengkapkan dan menyediakan beberapa borang bagi proses pendaftaran pekerja baru. Alhamdulillah.

16 Mei 2012,
Saya menghantar email bagi pengesahan lapor diri. Jawapannya pada 1 Jun 2012 bersamaan hari Jumaat.

1 June 2012,
Saya dimaklumkan untuk hadir awal pada Jam 8:30 pagi. Masuk saja pintu pejabat, saya disapa oleh wanita Iran yang jelita, Arezou namanya :) Saya ditunjuk arah akan tempat kerja dan berkenalan dengan beberapa staff lain yang tekun bekerja. Jam 9 pagi, seorang-seorang staff masuk ke pejabat, Aya, Zuha, Joey, Dura, Vicky, Helmi, Jihan, Hadi dan Izat. Inilah team dan office mate saya!


"Welcome to CCC" Said Dato' Tim


#NewJob #Career #Limkokwing #University #Executive #CCC #Cyberjaya


No comments:

Post a Comment