Assalamualaikum
WTB
Sedikit
perkongsian kpd pembaca sekalian, sekarang saya adalah seorang Agen Prudential
BSN Takaful!
Ceritanya bermula
apabila saya memikirkan diri saya sendiri yang terlibat dlm kecelakaan jalan
raya tanpa perlindungan ‘insurans’. Waktu itu tahun 2010, hari pertama saya
mula bekerja di Cyberview Sdn Bhd sebagai seorang pelatih mengikuti kursus
selama 6 bulan. Pulang saja dari kursus, saya menunggang motosikal Modenas
Elite 150 menuju ke Highway Plus Shah Alam ke KLIA. Hari itu mendung, sgt
gelap, menjangkakan hujan lebat sepanjang perjalanan. Benar! Hujan sgt lebat.
jarak penglihatan hanya 10 meter.
Ku redah juga hujan lebat krn mahu pulang
cepat. Nak dijadikan cerita, sy melanggar lopak mengakibatkan motor hilang
kawalan lalu jatuh. Trailer besar menghimpit ke dlm laluan motor sbb ia berada
dibahagian selekoh lalu menguis kaki. Tak sedar tulang peha kanan ‘patah dua’.
Panik! memikirkan bantuan drpd pemandu budiman yg lalu di situ.
Sebuah teksi
berhenti, menghulurkan bantuan. Mengangkat sy masuk ke dlm kereta seat hadapan,
sambil memerhatikan kaki yg lemah longlai hilang paksi kekuatan. Seram dan ngeri melihatnya! Di pendekkan
cerita. sy dibawa ke Hospital Putrajaya dan di tahan wad selama seminggu, satu
pembedahan tulang peha bagi menyambungkan kembali tulang yg patah. Besi
Titanium di masukkan ke dlm tulang. Kos Rawatan RM1000 lebih, kos dimasukkan ke
bilik wad RM400 lebih, kos uji darah RM100 lebih. Total RM1500++. Mana nak cari
duit bayar bil?
Dah la first day
kerja, kontrak kompani tak sign lagi, mmg tak dpt apa-apa pampasan jawabnya.
Alhamdulillah ada keluarga, mereka cover bil hospital. Terima kasih Mak Abi dan
family!
Teringat peristiwa
adik perempuan sy yg juga terlibat dlm kecelakaan ketika hendak pergi ke sekolah.
Alhamdulillah pihak sekolah beri pampasan, dapat ringankan beban dan trauma.
Semua tu akan ‘dinafikan’ atau ‘diringankan’ bila ada insurans. Tak kisahlah
insurans jenis apa, operator apa, semua akan beri pampasan bila berlaku musibah
atau kecemasan. Di waktu itu baru terdetik utk memiliki polisi insurans.
Kenapa Prudential
BSN? Pertama sbb seorang rakan merupakan agen mempromosikan jumlah sumbangan
boleh dikeluarkan bila diperlukan (boleh withdraw). 2 tahun selepas itu,
seorang rakan membuktikan kejayaan bila menceburi bidang insurans. Bila kajian terperinci
di buat, sah mengatakan Prudential BSN adalah operator nombor 1 di Malaysia pd
tahun 2011 dan 2012. Bukan itu saja, Prudential BSN merupakan operator insurans
nombor 1 di Asia.
Hari ini, sy sudah
menjadi agen insurans Prudential BSN Takaful. Tugasnya, memberi kesedaran
kepada pentingnya persediaan bagi mengharungi kecemasan, kemalangan, musibah
dan aspek perlindungan kesihatan. Zaman sekarang macam-macam boleh terjadi!
Boleh hubungi saya
untuk dapatkan maklumat lanjut dan dengan lebih terperinci. Saya ingin bertemu
anda berkongsi cerita-cerita yang menarik. Call/SMS 013-7150065
No comments:
Post a Comment