Tuesday, November 3, 2020

Ada sijil STAM, lepas itu nak ke mana?

Pendemik Covid-19 telah menyebabkan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara terutamanya ke Universiti Al-Azhar, terbantut. Dengan Sijil STAM yang ada, pelajar boleh menyambung pelajaran mereka di peringkat ijazah sarjana muda (kepujian) dalam bidang bahasa dan kesusasteraan di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM) dengan kerjasama Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU).

Universiti Antarabangsa Al-Madinah merupakan universiti pertama berkolaborasi dengan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka dengan visi melahirkan bakal graduan yang mahir dan berpengetahuan luas dalam bahasa Arab.Hal ini, bertujuan untuk mengekalkan sebutan kata-kata Arab dengan makna teks berdasarkan Al-Quran. Ia kaya dengan kemahiran berbahasa, aset yang berkaitan dengan warisan bahasa dan leksikal, dan faedah yang signifikan dalam pemahaman bahasa kognitif yang lebih baik dalam sastera Arab.

Menariknya belajar di sini adalah kerana potensi kerjayanya yang pelbagai seperti; Professor/ Associate Professor/ Pensyarah, Guru Bahasa, Penterjemah/ Alih Bahasa, Pegawai Imigresen/KASTAM, Wartawan dan Pramugari/Pramugara.

Selain itu, lokasinya yang strategik berdekatan dengan kawasan tarikan utama seperti, Melaka Setral, Hospital Besar Melaka, Masjid Al-Azim, Pasaraya AEON dan TESCO, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka dan banyak lagi.

Antara kemudahan kolej yang disediakan adalah, asrama bagi pelajar lelaki dan perempuan, bas untuk urusan ulang alik ke asrama, perpustakaan, komputer lab, gym, gelanggang takraw, kolam renang dan kafeteria di kolej dan asrama.

Keterangan program ijazah yang ditawarkan adalah seperti di bawah:



Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi kaunselor pendidikan di link di bawah:

wasap.my/60137150065/MEDIUICYM

wasap.my/60176138149/MEDIUICYM


Jumpa di sana!

#STAM #ICYM #MEDIU #2020 #2021 #COVID19 #UPU #MELAKA #MALACCA #EDUCATION #SAMBUNGBELAJAR #FURTHERSTUDY #EDUFAIR #STPM

No comments:

Post a Comment